suria

Sebahagian Jalan Tingkat Sungai Ara 1 Diubah Jadi Sehala Mulai Isnin

GEORGE TOWN: Aliran trafik di sebahagian jalan Tingkat Sungai Ara 1, di sini akan diubah daripada laluan dua hala kepada sehala mulai 12.30 tengah hari, pada Isnin.

Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dalam kenyataan pada Jumaat berkata perubahan bertujuan mengurangkan kesesakan dan melancarkan aliran lalu lintas di kawasan tersebut terutama waktu masuk dan keluar sesi persekolahan.

Orang ramai yang hendak ke kawasan berkenaan boleh menggunakan laluan masuk dari lorong tepi premis No.20 Tingkat Sungai Ara 1 hingga Tingkat Sungai Ara 2.

Penguna jalan raya juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan orang ramai dan kelancaran trafik di kawasan berkenaan. BERNAMA

Artikel Lain