Keluarga Koperal Azman Bersyukur Khabar Buruk Tidak Benar - Semasa | mStar

Keluarga Koperal Azman Bersyukur Khabar Buruk Tidak Benar

SANDAKAN: Selama beberapa jam pada Jumaat, anggota keluarga Koperal Azman Ampong, 39, diselubungi kebimbangan berhubung keselamatan anggota komando polis itu.

Mereka akhirnya menarik nafas lega apabila Azman sendiri menghubungi mereka memaklumkan bahawa beliau hanya cedera dalam insiden tembakan dekat Lahad Datu awal sebelum itu antara anggota komando polis dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu dari Filipina.

Ibu mertua Azman, Nurni Rais, 60, amat bersyukur apabila menerima berita menantunya yang disangka terkorban hanya mengalami kecederaan pada kira-kira pukul 10.15 malam Jumaat.

"Sebelum waktu solat Jumaat, kami menerima khabar daripada isteri Azman yang mengatakan suaminya cedera dalam pertempuran, sebelah petang sebelum Maghrib terdapat pihak tertentu dalam laman sosial Facebook mengatakan Azman telah meninggal dunia.

"Kami sekeluarga bertambah cemas apabila sebuah stesen televisyen melaporkan khabar buruk yang sama pada petang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tinosa 2 di sini, Sabtu.

Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Seorang lagi anggota komando polis Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22, yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dirawat di Hospital Sandakan.

Bagaimanapun, katanya, mereka sekeluarga kembali tenang selepas Azman sendiri menghubungi mereka dan meminta semua anggota keluarga agar bersabar.

Azman yang berasal dari Semporna, Sabah mempunyai empat anak dan isteri Marina Djapar, 34, mengalami kecederaan di bahagian punggung, belakang dan paha.

Dua anggota keselamatan Malaysia terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh dalam insiden serangan terhadap anggota keselamatan negara di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Jumaat. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain