suria

Dua Maut, Lima Cedera Parah Dalam Kemalangan Babitkan Bas Dan Lori

Sebuah bas ekspres terperosok selepas melanggar belakang sebuah lori dalam kemalangan maut di KM 314.3 Lebuh Raya Utara Selatan di Tapah, Jumaat. Dua maut manakala lima yang lain cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. -fotoBERNAMA

TAPAH: Dua maut manakala lima yang lain cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Kilometer 314.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara di sini, Jumaat.

Dalam kejadian 7 pagi tadi, mangsa yang maut ialah pemandu bas ekspres, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59.

Seorang mangsa yang merupakan pemandu lori, M.V. Saravanan, 24, berkata bas terbabit cuba memotong lorinya namun disebabkan ada sebuah kereta di bahagian kanan, bas itu tidak sempat mengelak.

"Tiba-tiba bas muncul dari arah belakang dan langgar sisi kanan belakang lori saya dan terbabas ke bahu kiri lebuh raya.

"Ketika pelanggaran berlaku pemandu bas itu terjun daripada bas dan saya lihat dia berada di tengah-tengah bahu jalan. Kepalanya terkena besi penghadang tengah lebuh raya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian Jumaat.

Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang manakala lori itu dari Shah Alam menuju Pulau Pinang.

Pasukan bomba membantu mengeluarkan penumpang yang tersepit dan tercedera. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata bas itu dinaiki 10 penumpang dan seorang pemandu.

Katanya pemandu dan seorang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima cedera parah dan empat yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Manakala pemandu lori dan kelindannya, K.Subramaniam, 21, serta pemandu kereta juga tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan yang cedera menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain