suria

110 Ketula Ganja Mampat Bernilai RM330,000 Dirampas Di P. Pinang

GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditahan dan polis merampas 110 ketulan mampat ganja seberat 105,924 gram dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta di Tanjung Tokong di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau bersabit dadah dan satu kesalahan melibatkan kes jenayah.

"Anggaran keseluruhan rampasan adalah RM330,000," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis akan melengkapkan kertas siasatan berhubung laporan mengenai rancangan perhimpunan membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad lepas dalam masa terdekat.

Beliau berkata siasatan kes itu dijalankan mengikut seksyen 298 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan diaju kepada Ketua Unit Perundangan selewat-lewatnya Jumaat ini untuk arahan lanjut. -BERNAMA

Artikel Lain