suria

Polis Buru Tahanan Lepas Lari Dari Mahkamah Klang

KLANG: Polis sedang memburu seorang orang kena tuduh (OKT) yang melarikan diri dari Kompleks Mahkamah Klang semalam sebelum dihantar ke Penjara Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Azman Abd Razak berkata A. Viswanathan, 34, atau dikenali sebagai Elumba lari dalam keadaan bergari pada pukul 3.45 petang semalam selepas didakwa atas tuduhan membunuh dan mencuri kenderaan serta memiliki barang curi.

Azman berkata sebutan semula kes tahan itu ialah pada 21 Jan depan.

Berikutan kes itu, Azman berkata seorang anggota polis berpangkat Korporal dan seorang Lans Korporal ditahan reman hingga 30 Dis bagi membantu siasatan kerana cuai hingga menyebabkan tahanan melarikan diri. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain