suria

Majoriti Penduduk Beaufort Tetap Sokong BN- Azizah

BEAUFORT: Majoriti penduduk di kawasan Parlimen Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno beberapa bulan lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias Datuk Azizah Mohd Dun berkata maklum balas penduduk di kawasan itu menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat.

Rakyat sudah bijak dan lebih rasional untuk menilai bahawa selama ini BN banyak berjasa dalam kehidupan mereka di negara ini, kata Azizah yang juga Exco Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah pada majlis Jelajah Salam Sayang di Kampung Kukut di sini, Khamis.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk sentiasa bekerjasama dan bersatu padu memberi sokongan kepada BN bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain