Ramai Rakyat Malaysia Tidak Mempunyai Persediaan Selepas Bersara - Semasa | mStar

Ramai Rakyat Malaysia Tidak Mempunyai Persediaan Selepas Bersara

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia menjadi semakin lemah daripada aspek kewangan dan tidak mempunyai persediaan yang rapi kerana mempunyai jangka hayat yang lebih panjang selepas melewati umur persaraan, menurut satu kajian mengenai aktiviti yang dilakukan selepas melewati perasaraan.

"Apa yang menghairankan adalah kira-kira 92 peratus pesara dilaporkan bersara pada usia 60 tahun," menurut kajian yang bertajuk 'Balancing Tradition and Modernity: The Future Retirement in East Asia'.

Kajian tersebut dijalankan bagi menjejak kelakuan-kelakuan persara dan jankaan yang akan berlaku selepas mereka melewati usia persaraan di enam negara Asia Timur.

Negara-negara tersebut ialah, China, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Malaysia.

"Di China, menjelang 2040 golongan warga emas membentuk 30 peratus jumlah penduduk negara itu, sementara di Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan, sebanyak 40 peratus dicatatkan.

"Di Malaysia pula, jumlah golongan warga tua masih di bawah 20 peratus," menurut kajian tersebut, yang mentakrifkan golongan tua terdiri daripada mereka yang telah bersara.

Purata umur persaraan di enam negara tersebut adalah 60 tahun dan ke atas.

Kajian tersebut dijalankan oleh Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) dan syarikat insuran Prudential.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan berkata pekerja berpendapatan rendah adalah golongan yang dijangka menghadapi masalah kewangan selepas bersara.

"Kebanyakan daripada mereka mula bekerja dengan gaji yang sangat rendah dan potongan gaji bagi Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) juga rendah. Apabila masa berlalu jumlah tersebut meningkat, namun ia tidak mampu memenuhi pelan selepas usia persaraan mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), Datuk Omar Osman berkata mereka yang hampir mencapai usia persaraan perlu merancang bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan wang simpanan persaraan mereka.

"Satu daripada cadangan kami adalah untuk menganjurkan kursus tiga bulan kepada mereka yang akan bersara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, agar mereka boleh belajar langkah-langkah yang sesuai untuk menguruskan kewangan mereka selepas bersara," katanya.

Omar berkata antara kursus-kursus persediaan persaraan yang wajar disertakan adalah khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan yang menjadi kebimbangan utama dikalangan golongan persara.

"Ia adalah amat mustahak supaya mereka menghadiri kursus yang dapat meningkatkan kesedaran bagaimana untuk menguruskan kewangan dan penjagaan kesihatan yang merupakan aspek yang penting selepas bersara," tambahnya.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain