Murid Tahun Empat Putus Empat Jari Akibat Mercun Bola - Semasa | mStar

Murid Tahun Empat Putus Empat Jari Akibat Mercun Bola

SUNGAI PETANI: Seorang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil dekat sini putus dua jari tangan kiri setelah mercun bola yang dibakarnya meletup sebelum dia sempat membalingnya.

Dalam kejadian 5 petang Rabu lepas, Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk, patah pergelangan tangan kiri selain cedera pada tapak tangan kanan serta kedua-dua mata dan muka.

Bapanya, Moh Rosyam Hanafiah, 39, berkata akibat kejadian itu juga penglihatannya anaknya kini kurang jelas.

"Saya selalu nasihatkan Anas jangan bermain mercun dan dia sememangnya tidak pernah bermain mercun. Tak sangka pula kejadian ini boleh berlaku ke atasnya," kata Moh Rosyam ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim Shah, di sini, Sabtu.

Katanya beliau difahamkan anaknya terjumpa mercun tersebut ketika bermain seorang diri. "Saya berada di rumah jiran ketika kejadian dan dimaklumkan oleh rakan Anas menyebabkan saya meluru dan mendapati dia terbaring dengan tangan berlumuran darah," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Artikel Lain