suria

KPDNKK P.Pinang Rampas Barangan Tembikar Bernilai RM500,000

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Rosik Yakub (kiri) menunjukkan kotak yang mengandungi pelbagai model Porcelain Ware yang dilabelkan barangan buatan Malaysia sedangkan barangan tersebut dibuat daripada China semasa mengadakan sidang akhbar di George Town, Khamis.-foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang menyita tujuh kontena berisi barangan tembikar 'porcelain ware' pelbagai model dianggarkan bernilai RM500,000 dalam serbuan di sebuah gudang di Butterworth, Rabu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Abdul Rosik Yakub berkata tindakan diambil hasil maklumat Kastam Diraja Malaysia, kerana kesemua barangan tersebut dipercayai diletakkan label barangan buatan Malaysia sedangkan ia buatan China.

"Hasil pemeriksaan mendapati barangan tersebut baru sahaja sampai dari negara China dan dipindahkan ke kontena lain untuk tujuan eksport ke Turki.

"Kita percaya barangan dengan butiran dipalsukan ini dibawa masuk untuk diedar di pasaran di luar negara," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Abdul Rosik berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang bekerja di gudang berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM250,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak lebih RM500,000, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Lain