suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Tetapkan 18 Julai Hujahan Inkues Baharudin

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner di sini pada Rabu menetapkan 18 Julai untuk mendengar hujahan dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pemandu teksi Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram 9 Julai tahun lepas.

Koroner Zulkpli Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar keterangan daripada 35 saksi yang dipanggil sepanjang tempoh perbicaraan yang bermula 30 Januari lepas.

Terdahulu saksi ke-35, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasharudin Hassan memberitahu mahkamah bahawa Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bukan tempat perlindungan yang ditetapkan untuk berhimpun, sebaliknya lokasi berkumpul secara tidak langsung peserta perhimpunan untuk keluar dari kawasan yang dikepung.

"Kami sepatutnya berarak dari Sogo menuju ke Dataran Merdeka tetapi kami perlu mencari kawasan selamat memandangkan Dataran Merdeka telah dikepung," katanya menjawab soalan peguam Ahmad Jufliz Faiza, yang mewakili keluarga Baharudin.

Nasharudin berkata beliau tidak memakai baju berwarna kuning pada perhimpunan itu kerana tidak mahu menjadi sasaran pihak berkuasa.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad mengenai namanya berada dalam senarai mereka yang tidak dibenarkan menyertai perhimpunan haram itu, Nasharudin berkata beliau tidak mengetahui langsung mengenai perkara itu.

"Saya tidak dapat sebarang surat atau amaran daripada pihak polis mengenai perkara tersebut," kata saksi terakhir itu. BERNAMA

Artikel Lain