Duta Wanita Pertama Negara Lancar Biografi Papar Kisah Pencapaian - Semasa | mStar

Duta Wanita Pertama Negara Lancar Biografi Papar Kisah Pencapaian

(dari kiri) Pengerusi Penang Story, Datuk Anwar Fazal, Tan Sri Lim Phaik Gan, Felo Kanan Institut Pulau Pinang, Datuk Dr Toh Kin Woon dan Penasihat Kanan ThinkCity, Neil Khor pada pelancaran buku biografi
(dari kiri) Pengerusi Penang Story, Datuk Anwar Fazal, Tan Sri Lim Phaik Gan, Felo Kanan Institut Pulau Pinang, Datuk Dr Toh Kin Woon dan Penasihat Kanan ThinkCity, Neil Khor pada pelancaran buku biografi "Kaleidoscope: The Memoirs of PG Lim". Foto K.G. TOH

GEORGE TOWN: Kehidupan Tan Sri Lim Phaik Gan yang mengorak langkah ke hadapan dengan menceburi bidang-bidang yang didominasi kaum lelaki, menterjemahkan kemahuan beliau untuk melakukan sesuatu yang berbeza dan menunjukkan semangat menempuhi dugaan.

Duta wanita pertama negara itu, yang lebih mesra dikenali sebagai PG, juga merupakan peguam yang dilahirkan dari lulusan Cambridge pertama serta cemerlang bagi sepanjang hayatnya yang berjuang bersungguh-sungguh untuk golongan miskin, yang terpinggir, teraniaya dan yang ditindas.

Beliau berkongsi tentang warna-warna kehidupannya dalam sebuah buku biografi yang berjudul Kaleidoscope: The Memoirs of PG Lim.

Buku yang menceritakan kisah hidup beliau selama 96 tahun dan kemuncak 10 tahun dalam kerjayanya dilancarkan di Hotel E&0 pada Jumaat.

Mengimbas kembali mengenai pencapaian beliau, PG berkata: “Setiap perkara berkembang secara semula jadi kerana itulah yang seharusnya. Buku ini adalah ingatan terhadap apa yang telah berlaku dalam hidup saya, dan bagaimana ia mempengaruhi saya.

“Ibu saya merupakan seorang penyokong yang memperjuangkan hak-hak wanita, dan ia memberikan latar belakang yang untuk saya bekerja keras. Saya telah banyak menempuhi pelbagai dugaan dan kesukaran.”

PG yang dilahirkan di London pada 1915 merupakan anak perempuan sulung kepada peguam terkemuka Lim Cheng Ean dan isteri, Rosaline Hoalim.

Mempunyai pendidikan di Light Street Convent dan kemudiannya di Cambridge, beliau memulakan kerjaya dalam bidang undang-undang yang membantu Dingle Foot QC di Privy Council, dan selepas itu berkhidmat di firma guaman terkenal, Braddle & Ramani.

Kemudiannya, beliau menubuhkan firma guamannya sendiri, dan semakin dikenali kerana beberapa siri kejayaannya.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Wakil Tetap kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)yang berpangkat duta oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada 1972.

“Beliau telah menunjukkan karakter yang besar dalam memilih seseorang yang dahulunya bukan sesiapa,” kata PG mengenai pelantikannya, yang diikuti dengan khidmatnya sebagai duta ke Yugoslavia, Austria dan Komuniti Ekonomi Eropah (kini adalah Kesatuan Eropah).

Selepas pulang ke Malaysia, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Serantau Kuala Lumpur bagi timbangtara selama 18 tahun sebelum bersara pada 2001.

Buku berkenaan diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre di semua kedai buku utama pada harga RM70 (kulit lembut) dan RM120 (kulit keras).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini