suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PDRM Ada Unit Khusus Tangani Kesalahan Senjata Api

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu bahagian khusus di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) bagi menangani kesalahan berkaitan senjata api termasuk penyeludupan senjata berkenaan.

Bahagian itu diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) yang menyelia sebuah pasukan petugas khusus untuk membanteras kemasukan haram senjata api ke negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata demikian bagi mengulas sebuah surat pembaca berjudul "Arms Smuggling: Set up special anti-gunrunning unit', yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris pada Jumaat lalu.

Dalam kenyataan hari ini, beliau memberi jaminan bahawa PDRM tetap tegas dalam usahanya membanteras kegiatan penyeludupan senjata.

Mohd Bakri juga turut menegaskan bahawa jabatannya telah berjaya melumpuhkan banyak sindiket penyeludupan senjata termasuk rampasan senjata api sejak beberapa tahun lalu. -BERNAMA

Artikel Lain