suria

Syarikat Bas Terpaksa Hentikan Perkhidmatan Ekoran Peningkatan Kos

PETALING JAYA: Kenaikan harga bahan api, alat pengganti dan tenaga buruh menyebabkan kebanyakan pengusaha perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara menghadapi kemerosotan dalam perniagaan mereka.

Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia yang mempunyai 130 syarikat berdaftar mempunyai kira-kira 3,200 bas berkata kebanyakan syarikat terpaksa mengurangkan atau menghentikan perkhidmatan mereka di ratusan lokasi seluruh negara.

Laluan yang terjejas kebanyakannya meliputi kawsan luar bandar dan pinggir bandar.

Dalam perkembangan berkaitan:

* Kira-kira 30 peratus daripada 1,500 bas di Johor telah menghentikan perkhidmatan mereka sejak tiga bulan lalu.

* Persatuan Pengusaha Bas Perak menggesa kerajaan memeberikan subsidi bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka.

* Suruhanjaya Awam Darat enggan mengulas cadangan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut kerana mereka berpandangan kerajaan bertanggungjawab terhadap syarikat bas tersebut.

Artikel Lain