suria

Rumah terbuka mStar temukan A. Aida dan Ruhainies… Tiada masalah duduk semeja minum kopi

A. Aida (profesional) dalam urusan kerja.

TINDAKAN penerbit Datuk A. Aida menggugurkan nama Ruhainies dalam penglibatan sebuah drama bukanlah alasan untuk dia bermasam muka dengan aktres berkenaan.

Kata A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, dia secara peribadi tiada masalah untuk bertemu dan duduk semeja bersama Ruhainies.

Malah, ketika bertemu buat pertama kali di acara rumah terbuka mStar pada Rabu lalu, kedua-duanya dilihat mesra bertegur sapa serta bersalaman.

a aida 2

A. Aida hadir di rumah terbuka mStar.

"Saya tidak masalah untuk bersemuka dengan dia (Ruhainies). Bila kami berjumpa pun, saya bersalam dan berpelukan.

"Kalau selepas ini nak berjumpa duduk minum kopi semeja pun saya terbuka," katanya.

Ruhainies dan A.Aida antara selebriti yang turut hadir memeriahkan rumah terbuka mStar yang berlangsung di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida ‘blacklist’ Ruhainies dalam drama terbaharu, pengajaran buat artis terpalit kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nama Ruhainies gugur, Bella Astillah dapat 3 kontrak drama, A. Aida tiada kompromi artis bermasalah

A. Aida bagaimanapun berkata atas dasar profesional dan hal berkaitan kerja, dia tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana artis yang terlibat dengan isu panas.

Ini kerana dia enggan kontroversi membabitkan pelakon itu akan menjejaskan drama terbitan syarikat miliknya iaitu A. Aida Productions.

"Kalau bab kerja saya memang profesional. Buat masa ini memang tidak akan bekerjasama. Malah mana-mana artis sekalipun jika bermasalah saya tidak mahu beri tawaran berlakon.

Saya tak mahu komen tentang isu panas kerana ia tiada kaitan dengan saya

DATUK A. AIDA

PENERBIT

"Saya tidak mahu kisah-kisah panas yang berlaku boleh beri kesan kepada drama terbitan saya, jadi sebab itu saya tegas dengan pendirian berkenaan.

“Saya tak mahu komen tentang isu panas kerana ia tiada kaitan dengan saya tapi kalau ada melibatkan kerja saya boleh bercakap," jelasnya.

Sementara itu, Ruhainies ketika ditemui turut memaklumkan dia bersedia bertemu dengan sesiapa sahaja dan mengamalkan sikap profesional apabila membabitkan urusan kerja.

a aida 3

A. Aida tegas dengan pendirian enggan ambil pelakon dianggap bermasalah.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat menjadi bualan selepas ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz.

Gara-gara kontroversi itu, A. Aida bertindak menggugurkan nama aktres berkenaan dalam senarai produksi sebuah drama yang sepatutnya memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain