suria

Tony Eusoff utamakan ibu, tak fikir soal kahwin... Kerap balik Sarawak walaupun tiket kapal terbang mahal

Tony berulang alik enam kali setahun untuk jenguk ibu di kampung.

FAKTOR usia bukanlah penghalang buat pelakon Tony Eusoff untuk mencari teman hidup.

Tony, 47, bagaimanapun berkata buat masa ini dia mahu memberikan fokus kepada ibunya yang tinggal sendirian di kampung.

Malah Tony juga kerap ke kampung halaman di Sarawak meskipun perlu membayar kos penerbangan yang agak mahal.

size NP 1 (56)

Tony pentingkan ibu berbanding mencari jodoh.

“Saya masih belum terfikir nak kahwin sekarang ini, sumpah. Fokus saya adalah untuk ibu saya sebab dia duduk seorang di kampung.

“Saya anak sulung dan dua beradik sahaja dengan adik saya. Jadi saya dan adik kena gilir-gilir pulang ke Sarawak untuk tengok ibu.

“Ibu saya pula tak nak datang ke Semenanjung jadi dalam setahun itu saya akan ulang-alik ke Sarawak sebanyak enam kali secara bergilir dengan adik walaupun tiket kapal terbang ke Sarawak lagi mahal daripada nak ke Thailand atau Singapura,” katanya kepada mStar.

Tony berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem The Experts yang diadakan di Slate @ The Row, Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tony Eusoff sangka kerjaya tamat selepas masuk penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Tony Eusoff selesa membujang, perancangan kahwin dah ‘ke laut’

Dalam pada itu, Tony juga memaklumkan dirinya tidak pernah berputus asa dalam mencari jodoh.

Namun dia tetap bersyukur kehadiran rakan-rakan membuatkan dirinya berasa disayangi dan dihargai.

“Nak kata putus asa itu tidaklah. Mungkin tahun depan, mungkin 10 tahun akan datang baru saya akan bertemu jodoh. Kita tak tahu masa depan macam mana, never say never.

“Tapi saya rasa bersyukur sebab saya tidak kesunyian sebab adanya kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan selalu ada untuk saya.

size NP 1 (55)

Tony ditemui ketika sidang media filem The Experts.

“Jadi saya rasa bersyukur saya masih disayangi ramai meskipun saya masih belum berumah tangga,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Tony merupakan salah seorang pelakon dalam filem The Experts yang akan menemui penonton di pawagam bermula 23 Mei ini.

Selain Tony, pelakon lain yang turut terlibat adalah Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Maya Karin dan Ray Dap Dap.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain