suria

Shila Amzah selamat bersalin anak perempuan, Ubai sebak dapat laung azan… Pilih nama Rhea Akira

Ubai dan Shila dapat bayi perempuan.

SUAMI kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai memberitahu isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur pada Khamis.

Kata Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, pengalaman dapat melaungkan azan selepas menyambut kelahiran puteri sulungnya adalah sesuatu perkara yang sangat luar biasa.

“9 May 2024, Alhamdulillah, isteri saya (Shila Amzah) sudah selamat bersalin.

NP-67

Ubai bersyukur Shila selamat melahirkan cahaya mata perempuan.

“Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan,” katanya.

Sebelum itu, Ubai berkongsi momen menyambut anak pertamanya di Instagram pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Ubai juga meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hamil anak kedua berbeza, Shila Amzah dilayan bak puteri... Ubai pun berdepan ‘morning sickness’

ARTIKEL BERKAITAN: Berkat doa arwah ibu, Ubai bersyukur dapat isteri sangat baik... “Rumah mak dah cantik”

Malah personaliti media sosial itu turut berkongsi nama anak perempuannya.

“Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga.

“Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak gembira, takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini.

NP-69

Ubai rindukan arwah ibunya.

“Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira,” jelasnya.

Untuk rekod Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain