suria

Mulut disumbat kain, tangan pula diikat getah paip... Warga emas cedera disamun 2 individu bertopeng!

Keadaan mangsa selepas kejadian samun.

"TIBA-TIBA saya diterkam dan dipeluk dengan kuat dari belakang," demikian kata seorang warga emas yang menjadi mangsa samun dua individu tidak dikenali pada Khamis malam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa Mat Aris Mohd Sidek, 85, mahu masuk ke dalam rumahnya yang terletak di Felda Sungai Tekam, Jerantut, Pahang, sebelum diserang dua suspek bertopeng,

Menurut Mat Aris, mulutnya ditutup dengan kain serta kedua-dua belah tangannya diikat dengan menggunakan paip getah.

ARTIKEL BERKAITAN: Samun, rogol jurujual atas jejantas... Warga Pakistan ditahan di Seri Kembangan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek berjaya melarikan wang tunai sebanyak kira-kira RM1,200 dan dua kad ATM serta satu telefon bimbit jenis Vivo.

"Mangsa hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya tetapi ketika kejadian, anak lelaki mangsa tiada di rumah kerana keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sini.

"Selepas suspek melarikan diri, mangsa berjaya melepaskan diri dan terus membuat laporan polis. Mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk mendapat rawatan, katanya, sambil menambah, mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan kerana melecet diikat dengan getah paip.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain