suria

Bawa perangai suka ‘double park’, nama Malaysia ‘panas’ di Jepun... Sekumpulan wanita buat orang marah!

Tangkap layar berita di media Jepun mengenai kes membabitkan sekumpulan wanita warga Malaysia yang memarkir kenderaan di ruang tidak sepatutnya. -Foto Keeptherefree1

SETIAP negara mempunyai undang-undang serta peraturan sendiri.

Justeru, apabila melancong ke sesebuah negara, kita sewajarnya menghormati serta mematuhi peraturan yang ditetapkan negara berkenaan.

Baru-baru ini, nama negara menjadi bualan hangat di media serta laman sosial Jepun gara-gara sekumpulan wanita rakyat Malaysia dilaporkan memarkir kereta sewa di tempat yang tidak sepatutnya, sehingga menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan lain.

Menerusi perkongsian pemilik akaun @pja_chan di laman X, kumpulan wanita berkenaan memarkir kereta di ruang yang tidak sepatutnya dalam sebuah kawasan parkir berbayar.

Tindakan mereka yang memarkir secara 'double-park' menyebabkan laluan yang sepatutnya dikosongkan, terhalang.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bergegas ke hospital naik e-hailing, kereta dihalang Honda hitam... Sudahlah ‘double-parking’, telefon pula tak dijawab!

"Rakyat Malaysia di'mention' dalam news dekat Jepun ni sebab parked dekat parking space macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun.

"Ini parking berbayar yang dah ada space untuk setiap kereta, dan tak boleh double-park macam ni. Kenapa buat sampai menyusahkan orang ya," tulisnya.

parkir 2

Gambar daripada bahagian depan memaparkan kereta sekumpulan wanita berkenaan (putih) yang menghalang laluan kereta di hadapannya. -Foto Keeptherefree1

Individu tersebut yang menterjemah laporan berita daripada media Jepun berkata, kejadian bermula apabila pemilik kereta di hadapan tidak dapat keluar kerana terhalang oleh kereta yang disewa sekumpulan wanita Malaysia ini.

Malah pemilik kereta tersebut berkata, kumpulan wanita tersebut meminta mengundurkan kenderaan dan mahu 'membantunya' berbuat demikian.

"Akhir sekali kena panggil servis jack kereta. Tiga jam baru settle semua. Kejadian terjadi berhampiran Matsumoto Castle, Aichi prefecture.

"Bab parking ni memang boleh jadi isu ya dekat Jepun. Diorang tak park suka hati tepi jalan macam kita. Ada designated parking space berbayar.

"Tak ada istilah double-park. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah-marah rakyat Malaysia dekat internet. Kesannya terpalit dekat Malaysian yang duduk sana.

"Parking dekat sana dah la mahal, lepas tu sebab hal ni, extend masa tiga jam lagi. Berganda-ganda jadi mahal. Buang masa orang lagi. Kena panggil orang jack lagi. Memang menyusahkan orang, manalah orang tak marah," kongsinya lagi.

Ciapan individu tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam sikap mementingkan diri kumpulan wanita berkenaan.

"Perangai ban** macam ni jangan dibawa ke negara orang.

"Patut tunjuk sekali muka tiga perempuan b***h tu.

"Perangai jijik! Memalukan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain