suria

#KongsiKebaikan meriahkan sambutan Syawal, Ramadan Grab... Pelbagai inisiatif kukuhkan jalinan ukhuwah, pastikan tiada yang tercicir

Kempen Kebaikan Dalam Setiap Pesanan merupakan salah satu inisiatif Grab Malaysia menyantuni komuniti.

SYAWAL sudah pun melabuhkan tirainya.

Selama sebulan Aidilfitri diraikan dengan meriah apatah lagi apabila dapat berkumpul bersama sanak-saudara serta rakan taulan.

Momen paling berharga apabila kita sama-sama dapat mengukuhkan ukhuwah sesama insan yang membawa makna sebenar perayaan.

Dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri, komuniti rakan pemandu dan penghantar, Grab Malaysia (Grab) juga tidak melupakan detik-detik terindah sepanjang Ramadan, antaranya usaha luar biasa daripada semua rakan kongsi yang memberi impak dalam kehidupan masyarakat di seluruh negara.

Sambutan Grab yang bertemakan ‘Kebaikan Dalam Setiap Pesanan’ pada tahun ini menyaksikan banyak acara dan penglibatan yang dianjurkan bersama komuniti, untuk komuniti.

1) Bantu keluarga rakan penghantar Grab melalui kit permulaan sekolah

c

Agihan kit permulaan sekolah kepada 780 anak rakan pemandu dan penghantar Grab.

Sebagai pengiktirafan kepada rakan pemandu dan penghantar, Grab bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk mengagihkan kit permulaan sekolah bernilai RM150 setiap satu kepada 780 anak pemandu dan penghantar di Selangor bagi membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

2) Projek pemulihan surau bersama Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)

e

Inisiatif bersama PPZ-MAIWP untuk menaik taraf dan membaik pulih surau di KLIA Landside Operations.

Selain itu, bagi memastikan rakan pemandu dan penghantaran mempunyai tempat yang selesa untuk berehat dan bersantai, Grab juga bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk menaik taraf dan membaik pulih surau di KLIA Landside Operations.

3) Projek agihan bubur lambuk

b

Agihan bubur lambuk kepada lebih 2,500 penerima sepanjang Ramadan.

Meraikan semangat Ramadan, Grab bersama komuniti pemandu dan penghantar bekerjasama dengan masjid dan hospital setempat di seluruh wilayah Pantai Timur untuk mengedarkan bubur lambuk kepada lebih 2,500 penerima.

4) Cabaran Ramadan-Umrah Grab

f

Meraikan pengguna menerusi Cabaran Ramadan-Umrah Grab dengan hadiah pakej umrah.

Tidak hanya menzahirkan penghargaan buat komuniti rakan kongsinya, Grab juga tidak melupakan penggunanya. Justeru, syarikat ini turut memperkenalkan Cabaran Ramadan-Umrah Grab di mana pemenang bertuah berpeluang memenangi pakej umrah. Inisiatif ini menyaksikan hampir 539,000 pengguna Grab, serta pemandu dan rakan penghantaran mengambil bahagian untuk memenangi pakej umrah yang ditanggung sepenuhnya.

5) Sebar kegembiraan menerusi rumah terbuka Aidilfitri

d

Meriahkan sambutan Aidilfitri dengan rumah terbuka bersama komuniti setempat.

Grab bekerjasama dengan NGO dan komuniti rakan kongsinya di Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka Negeri Sembilan dan Pulau Pinang bagi menganjurkan rumah terbuka, sekali gus menyebar kegembiraan bersama komuniti yang menjadi nadi terpenting buat syarikat.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, sebagai jenama tempatan, kempen Kebaikan Dalam Setiap Pesanan merupakan satu cara untuk mereka menyantuni komuniti bagi memupuk impak sosial yang positif.

"Pemandu dan penghantar serta rakan kongsi kami memainkan peranan penting dalam memberi khidmat kepada rakyat Malaysia setiap hari dan kami ingin menyokong bukan sahaja keperluan mereka, tetapi juga keperluan komuniti yang menjadi nadi kami.

"Melalui usaha ini, kami berharap dapat memupuk rasa perpaduan dan keterangkuman dalam masyarakat, sebagai usaha untuk memastikan tiada masyarakat yang tercicir," ujarnya.

Detik penuh bermakna setiap inisiatif ini dirangkum menerusi video khas bagi mempamerkan semangat perpaduan serta jalinan ukhwah sepanjang penganjuran aktiviti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain