suria

Wanita bergegas ke hospital naik e-hailing, kereta dihalang Honda hitam... Sudahlah ‘double-parking’, telefon pula tak dijawab!

Tindakan pemilik Honda menghalang kenderaan lain mengundang kecaman ramai.

SELAIN dibuli di jalan raya, antara pengalaman paling buruk yang lazim dihadapi pemandu di Malaysia ialah parkir berlapis atau double-parking.

Tidak menjadi masalah sekiranya pemilik kenderaan yang menghalang kotak parkir tersebut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi ataupun menurunkan brek tangan.

Namun ia mendatangkan kesulitan jika individu berkenaan tidak mempunyai common sense untuk berbuat demikian.

Bayangkan sekiranya pemilik kenderaan yang dihalang itu mempunyai urusan mustahak, sudah pasti situasi ini menimbulkan kesulitan buat mereka.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita ketika memarkir keretanya di Bangsar, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian seorang individu, @alepdepay di laman TikTok, wanita tersebut dilihat mundar-mandir dan menunggu pemilik kenderaan yang menghalang keretanya.

Namun penantian pemandu kereta jenis Perodua Axia itu hanya sia-sia apabila individu berkenaan tidak muncul untuk mengalihkan kenderaannya, meskipun sudah dihubungi berkali-kali.

park 2

Meskipun meninggalkan nombor telefon, namun pemilik kenderaan berkenaan didakwa tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat wanita berkenaan.

Disebabkan kecewa, wanita tersebut meninggalkan sekeping nota pada cermin kenderaan model Honda yang menghalang keretanya.

"Terima kasih. Saya ada emergency dekat hospital, kereta Honda hitam awak jadi penyebab saya tak boleh nak ke mana-mana.

"Terima kasih sebab tinggalkan nombor telefon tapi call 80 kali tak jawab-jawab. Terima kasih ya, awak memang terbaik," demikian tulis wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas tegur sampai bermasam muka, apa nak buat kalau jiran kemaruk letak kereta depan rumah kita? Ini jawab peguam hartanah

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib baik tak berkecai cermin! Video pemandu perempuan ‘double park’ bikin ramai panas hati... Geram 30 minit kena ‘sidai’

Sementara itu individu yang membuat perkongsian berkenaan menjelaskan wanita berkenaan akhirnya terpaksa menggunakan khidmat e-hailing untuk ke hospital.

"Kesian dekat akak tu, nak pergi hospital kena naik Grab pula. Dah lah naik Grab, lepas tu kena bayar parking extra sebab orang kurang cerdik macam ni.

"Bertabah ya kak, semoga dipermudahkan segala urusan," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Kalau aku, mahunya tak tinggal apa-apa notis... tapi balik side mirror sebelah je la.

NETIZEN

Individu itu turut membuat pautan (tag) ke akaun media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih hampir 555,000 jumlah tontonan dengan rata-rata netizen tampil mengecam pemilik kenderaan model Honda berkenaan.

"Kalau saya, safety boots dekat cermin dah.

"Kalau aku, mahunya tak tinggal apa-apa notis. Tapi balik side mirror sebelah je la.

"Silent telefon atau buat-buat tak nak jawab?

"Apa dia kisah pasal orang lain, pasal hal dia lagi terpenting daripada orang lain," demikian antara komen netizen.

komen park

Netizen turut meluahkan rasa geram dengan sikap pemandu Honda berkenaan.

Sekadar maklumat tambahan, menurut undang-undang Malaysia, parkir berganda adalah salah di sisi undang-undang.

Ia termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987, di bawah Seksyen 48(1) yang menyatakan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan atau menghalang pengguna lain.

Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000 dan maksima RM5,000 atau penjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Seksyen 48(2) APJ 1987, pihak berkuasa seperti pegawai polis, pegawai JPJ atau pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk mengunci tayar (clamp) dan tunda (towing) kereta yang menghalang atau menyusahkan orang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain