suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas MB Kedah Minta Pemimpin Umno Tidak Ulangi Kesilapan PRU 12

SIK: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Jumaat meminta anggota Umno, khususnya pemimpin parti, agar tidak mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum lepas yang diselubungi unsur sabotaj.

Sebaliknya kata beliau, semua pihak perlu akur dan menghormati keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Setiap ahli terutamanya pemimpin patut lebih menyayangi parti. Oleh itu mereka hendaklah bekerja membantu memenangkan calon yang dipilih dan bukan mensabotaj mereka," katanya kepada pemberita, di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pedu itu yang mengakui kewujudan fenomena tersebut dalam parti, berkata sikap sedemikian menyebabkan Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum lepas.

"BN kalah walaupun telah kerja keras membuat persiapan selama empat tahun dan hancur dalam tempoh seminggu sahaja disebabkan sikap tersebut," katanya.

Beliau sebelum itu diminta mengulas amanat Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun ke-65 Umno pada Rabu yang antara lain mahu anggota parti setia dengan parti tersebut.- BERNAMA

Artikel Lain