Akta Sains Dan Teknologi Dijangka Dikuatkuasa Tahun Depan - Semasa | mStar

Akta Sains Dan Teknologi Dijangka Dikuatkuasa Tahun Depan

PUTRAJAYA: Akta Sains dan Teknologi yang kini dalam penggubalan dijangka dapat dikuatkuasakan tahun depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada Julai ini dan dijangka diluluskan pada akhir tahun.

Untuk itu, sebuah makmal yang akan memberi input terhadap penggubalan akta tersebut akan diadakan dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan sesi dialog mengenai penggubalan Dasar Sains dan Teknologi Negara Ketiga serta Akta Sains dan Teknologi, berkata makmal itu akan dianggotai penjawat awam, wakil swasta serta persatuan profesional.

Ongkili mengulas kenyataannya sebelum ini yang antara lain menyebut mengenai penggubalan akta tersebut serta kajian semula dasar Sains dan Teknologi negara dalam usaha menghalakan kedua-dua bidang berkenaan ke arah pasaran dan memperluaskan aplikasinya dalam sektor perniagaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu

Pilu tiga ibu rayu anak pulang