suria

Padah curi motor, lelaki dibelasah penduduk sampai lunyai... Sempat 'video call' ibu - “Cepat datang mak”

Seorang lelaki dibelasah orang ramai kerana ditangkap mencuri motosikal.

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Begitulah nasib seorang pencuri motosikal di Koja, Jakarta Utara, Indonesia yang kecundang dan dibelasah orang ramai ekoran daripada aktiviti jenayahnya.

Namun menariknya, sebelum pencuri itu dihenyak sepuas-puasnya, penduduk tempatan membenarkan dia untuk membuat panggilan telefon kepada ibunya.

Pencuri yang merupakan seorang lelaki dan dikenali sebagai MS, 44 itu dilihat ketakutan apabila dikeremuni orang ramai yang sudah hilang sabar.

Dia kemudiannya lantas mengeluarkan telefon pintar untuk menghubungi ibunya menggunakan panggilan video bagi mengadu keadaannya pada ketika itu.

"Lihat mak, penduduk semua sudah berkumpul di sini. Tolong saya mak, saya sekarang dekat Samper, Indonesia. Cepat datang," kata pencuri itu kepada ibunya sambil menunjukkan keadaan sekeliling.

Dalam pada itu, menerusi video berasingan, dapat dilihat MS sudah dibelasah dengan keadaan dirinya berdarah dan bajunya turut dilucutkan.

Manakala Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Koja, Asisten Komisioner Alex Chandra dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya menahan MS selepas suspek diserahkan oleh orang ramai.- Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain