suria

Tak sanggup tengok anak batuk tak berhenti... Ibu ayah boleh cuba cara ini, guna bahan semula jadi

Bayi serta kanak-kanak mudah terkena jangkitan sehingga berkahak. -Gambar hiasan

IBU bapa pasti berasa bimbang apabila melihat anak batuk berkahak sehingga ada yang termuntah-muntah.

Simptom yang dialami dalam tempoh lama akan membuatkan kanak-kanak tersebut mengalami kesukaran bernafas atau 'semput'.

Ia berikutan mungkin terdapat jangkitan kuman virus atau bakteria pada saluran pernafasan, tekak, tonsil dan paru-paru.

Menyedari ramai kanak-kanak berhadapan masalah tersebut, pengamal perubatan Dr Mazliana Mazlan berkongsi 10 makanan pencair kahak yang boleh digunakan.

1. Bawang putih

Tumbuk bawang putih dan campur dengan minyak kelapa, kemudian sapu di dada, belakang serta kaki anak.

Buat sup singgang dengan meletakkan banyak bawang putih.

Kunyit hidup sering digunakan untuk rawatan tradisional.

Kunyit hidup sering digunakan untuk rawatan tradisional.

2. Kunyit

Tumbuk kunyit hidup dan sapu pada dada hadapan serta belakang anak.

3. Madu

Madu antara bahan semula jadi yang baik untuk kesihatan tubuh seperti menguatkan sistem imun tubuh.

Bagaimanapun ia hanya sesuai untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.

4. Air kelapa

Selain menjadi minuman yang menyegarkan, air kelapa juga memiliki berbagai manfaat termasuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel tubuh.

Lemon mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh.

Lemon mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh.

5. Lemon atau limau kasturi

Lemon mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang mampu meningkatkan kesihatan tubuh dan kulit termasuk vitamin C, protein, serat, magnesium, kalium dan kalsium.

6. Air kembang semangkuk

Kandungan bassorin di dalamnya dapat membantu mengurangkan radang pada sel badan anak.

Bagaimanapun, anda diminta segera membawa anak-anak berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan sekiranya gejala di alami semakin teruk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain