Ismail Omar Dilantik Ketua Polis Negara - Semasa | mStar

Ismail Omar Dilantik Ketua Polis Negara

 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kanan) sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (tengah) selepas sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri di sini pada Rabu. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dicadangkan dilantik menjadi Ketua Polis Negara yang baru bagi menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 12 September ini.-Foto BERNAMA.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kanan) sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (tengah) selepas sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri di sini pada Rabu. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dicadangkan dilantik menjadi Ketua Polis Negara yang baru bagi menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 12 September ini.-Foto BERNAMA.

PUTRAJAYA: Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, berkuatkuasa 13 September ini, demikian diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail, 57.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi tentang kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 Sept ini selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.

"Jawatan KPN dan timbalannya merupakan Jawatan Khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata Hishammudin ketika mengumumkan perkara itu di sini.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mendapatkan perkenan Baginda dalam masa terdekat ini.

Menjawab soalan pemberita, Hishammuddin berkata keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Musa bagi kali ketiga juga tidak kena mengena langsung dengan tekanan oleh mana-mana pihak.

Formaliti sebagai KPN kebetulan tamat pada 12 September ini. Sudah tiba masa untuk pengganti mengisi jawatan itu bagi memastikan pasukan polis yang lebih kukuh dan keselamatan negara terus terjamin," katanya.

Katanya beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi perghargaaan kepada Musa sepanjang perkhidmatannya dalam PDRM.

Hishammuddin berkata kerajaan juga sedang melihat ruang untuk membolehkan Musa terus menyumbang pengalaman dan kepakarannya kepada kerajaan dan negara selepas ini.

Beliau berkata Musa juga merupakan calon terbaik untuk mengetuai inisiatif penubuhan Akademi Latihan di Langkawi International Shooting Range (Lisram) bagi menangani isu serta ancaman jenayah merentasi sempadan.

Pusat latihan bersepadu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi keselamatan itu bagi menangani jenayah siber, penyeludupan manusia, penyeludupan dadah, penggubahan wang haram, anti-keganasan, senjata biologi dan bahan letupan.

"Saya sangat berbesar hati sekiranya Musa dapat mengetuai penubuhan akademi ini dari peringkat awal lagi dan saya percaya beliau akan berupaya untuk membantu merintis pusat ini menjadi Akademi Latihan yang tersohor dan diiktiraf dunia," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?