suria

Lelaki tarik balik tuntutan gantirugi putus tunang

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini hari ini membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan untuk menarik balik tuntutan gantirugi daripada seorang wanita selepas pertunangan mereka diputuskan.

Muhammad Salleh Muhamad Yusuf, 46, sebelum ini menuntut gantirugi lebih RM70,000 daripada Nur Diana Ahmad Zubir, 28.

Tuntutan gantirugi itu dibuat di bawah Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada Januari lepas.

Muhammad Salleh yang diwakili oleh Ahmad Nazib Johari mengemukakan permohonan itu di hadapan Hakim Syarie Kamarulzaman Ali di bawah Seksyen 95 Enakmen Tatacara Mal 2003.

Ahmad Nazib berkata plantif dan defendan serta peguam masingmasing telah mengadakan beberapa rundingan dan akhirnya penyelesaian di luar mahkamah berjaya dicapai.

Defendan dan plantif tidak hadir pada prosiding mahkamah pada hari ini.

Nur Diana bertunang dengan Muhammad Salleh atas dasar suka sama suka pada 4 Feb 2008 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 17 Januari lalu.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa ada menerima dua khidmat pesanan ringkas (SMS) dari ayah Nur Diana pada 4 Dis 2008 mengatakan bahawa pertunangan mereka diputuskan tanpa sebarang alasan. BERNAMA

Artikel Lain