Polis tempelak anggota Parlimen PKR berhubung kematian suspek - Semasa | mStar

Polis tempelak anggota Parlimen PKR berhubung kematian suspek

PORT DICKSON: Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh menempelak seorang Anggota Parlimen pembangkang kerana menyalahkan polis berhubung kematian seorang suspek pecah rumah pada 30 Mei lepas sedangkan polis tidak ada kaitan dengan kematiannya.

"Inilah yang berlaku apabila ahli politik campur tangan dan enggan meminta penjelasan sebenar dari pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini bagi mengulas dakwaan Anggota Parlimen Kapar, S.

Manikavasagam, daripada Parti Keadilan Rakyat, dalam blognya, kononnya polis telah menganiayai S.Tilak, 27, ketika lelaki itu menjadi tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Port Dickson.

Osman berkata polis tidak pernah menahan Tilak dalam lokap dan dia tidak pernah menjadi tahanan polis.

Katanya Tilak diserahkan kepada polis pada 7 pagi Sabtu lepas setelah dia dipercayai dipukul sekumpulan lelaki yang mendapati dia telah melakukan pecah rumah pada Khamis lepas menyebabkan kehilangan barangan kemas bernilai RM30,000.

Osman berkata bahawa selepas mengambil keterangan daripada lelaki yang menahan Tilak, polis menghantar Tilak ke Hospital Port Dickson dalam tempoh sejam tetapi dia disahkan mati pada tengah hari.

Katanya sebaik menerima berita kematian itu, polis menahan dua lelaki yang juga berketurunan India, yang terlibat menangkap Tilak.

"Polis juga memohon kepada mahkamah untuk menyuruh pihak forensik hospital melalukan bedah siasat kali kedua," katanya.

Osman melahirkan rasa kecewa kerana keluarga Tilak menganggap polis melengahlengahkan penghantarannya ke hospital, manakala ada pihak pula menyebarkan SMS meminta masyarakat India berkumpul di rumah mayat Hospital Port Dickson hari ini.

"Sedangkan lelaki yang menyebabkan kematian Tilak tidak menerima tekanan langsung, kami, yang berusaha mendapatkan keadilan dan menjalankan tugas, pula diberi tekanan dan difitnah," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain