suria

Pelajar nyaris dirogol saman UiTM akibat kecuaian

SHAH ALAM: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini yang nyaris dirogol ketika sedang mandi di dalam bilik air kolejnya enam bulan lepas, memfailkan saman terhadap universiti itu bagi kecuaian.

Pelajar tahun kedua Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan berumur 21 tahun itu memfailkan saman berkenaan melalui peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Dalam pernyataan tuntutannya, pelajar itu antara lain mendakwa UiTM gagal memastikan keselamatannya terjamin di manamana bahagian universiti khususnya di kawasan kolej.

Beliau mendakwa universiti itu juga gagal memastikan pihakpihak yang tidak berkenaan tidak menceroboh masuk ke dalam universiti termasuk di kolej kediamannya.

Mangsa mendakwa UiTM gagal mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan keselamatan pelajar termasuk dirinya terjamin pada setiap masa walaupun universiti itu mempunyai pengetahuan bahawa sebelum kejadian yang menimpanya, terdapat aduan dibuat oleh para pelajar kepada pihak pengurusan kolej berkenaan mengenai kejadian gangguan seksual ke atas pelajar di kolej itu.

Mangsa menuntut ganti rugi melampau, am, khas, teladan, kos dan relif lain yang dirasakan munasabah oleh mahkamah.

Pernyataan tuntutan saman itu dibacakan oleh Mohamed Hanipa pada sidang akhbar di sini hari ini yang diadakan oleh anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Khalid berkata keluarga pelajar bertindak memfailkan saman itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan susulan pihak UiTM yang disifatkan seperti acuh tidak acuh dan juga bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang.

Beliau berkata mereka telah menulis surat kepada pihak UiTM pada 28 Jan lepas tetapi tiada maklum balas daripada universiti itu setakat ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain