suria

Perbicaraan kes 'Datuk Kabi' pada 7 Ogos

BUTTERWORTH: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 7 Ogos ini bagi perbicaraan C. Kamaleshwaran yang lebih dikenali sebagai "Datuk Kabi" yang dituduh menipu seorang lelaki untuk menyerahkan kereta Proton Perdananya.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan tarikh tersebut apabila kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Pada 11 Mac lepas, Kamaleshwaran, 29, dari Kuala Ketil, Kedah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu Wong Hon Chong dengan memperdayakannya untuk menyerahkan kereta bernombor pendaftaran PFV 2696 untuk dijual.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada pertengahan Mac 2004 di 4382, Jalan Bagan Luar, Butterworth.

Sebelum ini, Kamaleshwaran yang diwakili peguam K. Nahtan, turut menghadapi tiga pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret Balik Pulau dan empat tuduhan di Mahkamah Majistret Georgetown. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain