KUALA LUMPUR: Seorang lelaki buta didenda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis morfin ke dalam badannya sendiri, kirakira tiga tahun lalu.Majistret Aina Azahra Arifin memerintahkan Azhar Omar, 33, membayar denda itu dan penjara dua bulan jika gagal membayarnya. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik nombor 212 Tumpangan Quee Ping Jalan Thambipillay, Daerah Brickfield, pada pukul 1.45 petang, 4 Dis 2006.Azhar, yang masih bujang dan sedang belajar mengurut, diwakili peguam bela Abdul Rashid Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun.Abdul Rashid merayu kepada mahkamah agar mengenakan hukuman denda sahaja kerana anak guamnya mempunyai ibu bapa yang sudah tua dan memerlukan perhatian daripadanya.Pendakwaan dilakukan oleh Cif Insp Zolkifli Mohd Yassin. BERNAMA