suria

Melon Terengganu, Rasa Sekali Pasti Nak Lagi

Pengusaha Melon Manis Siti Aisyah Zainal memetik buah Melon Manis Terengganu (MMT) yang telah matang di Ladang MMT di Kampung Alur Lintang baru-baru ini.

BESUT: Melon Manis Terengganu (MMT), rasa sekali mesti hendak lagi.

Rasanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata meskipun setelah habis sebiji memakannya  dalam tempoh 10 minit, malah tinjauan Bernama mendapat ia agak sukar untuk memberi kenyataan yang tepat tentang keenakannya.

Rata-rata mereka yang pernah merasainya menyatakan ia mempunyai kombinasi tekstur yang rangup, digabungkan pula dengan rasa manis dan berlemak serta lebih enak berbanding 3,000 varieti melon lain di seluruh dunia.

Lebih menarik lagi, varieti MMT yang eksklusif dan hanya terdapat di Terengganu itu tidak pernah ditanam di negara lain sebelum ini, diserikan dengan rona warna yang memukau sekali gus meletakkan MMT sebagai buah unik yang berada di kedudukannya tersendiri.

Sejak diperkenalkan pada 2015, buah hasil cetusan idea Menteri Besar TerengganuDatuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang ketika itu dalamusaha mencari kelainan untuk diperkenalkan sebagai ikon baharu negeri itu, kian mendapat tempat di pasaran seluruh negara.

Apa yang lebih membanggakan, ikon baharu negeri tersebutdipilih sendiri menteri besar itu selepas hasil gabungan idea dan kajian dilaksanakan sekumpulan pakar fertigasi dan Jabatan Pertanian Negeri dibentangkan.

Mengimbas kembali proses pemilihan varieti buah tersebut, Pengurus Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Besut Nasir Ali yang juga pakar fertigasi berkata pihaknya menyenarai pendek tujuh varieti melon di peringkat akhir termasuk dua varieti MMT iaitu melon yang isinya berwarna putih dan berwarna salmon.

"Kami adakan ujian rasa untuk menteri besar memilih mana varieti yang terbaik dan akhirnya beliau bersetuju memilih melon yang isinya berwarna salmon kerana rasanya lebih rangup, manisdan yang paling penting ia tidakpernah ditanam di mana-mana negara," katanya kepada Bernama dalam temubual eksklusif di ladang MMT di Kampung Alur Lintang baru-baru ini.

Sementara itu Ahmad Razif berkata kerajaan negeri terus komited dalammenjadikan MMT produk popular di seluruh negara.

“Kita ada ikon baharu di negeri ini dan kerana itu kita buat keputusan untukmembuka seluas-luasnya kawasan yang sesuai untukpenanaman MMT ,” katanya yang sentiasa gigih mempromosikan buahitu dalampelbagai acara rasmi kerajaan dan tidakrasmi.

Hingga kini, 10 lokasi projek penanaman MMT dibuka di seluruh negeri membabitkan 5.7 hektar tanah dengan 52 peserta dan hingga kini sebanyak 40 hingga 60 tan hasil pengeluaran berjaya dicatatkan.

Meskipun baharu diperkenalkan, MMT memberi pulangan yang besar dan kini mempunyai pasaran di seluruh negara, malah peniaga buah dari Cameron Highlands turut mendapatkan bekalan MMT daripada pengusaha negeri itu.

Pengusaha MMT yang ditemui berkata pendapatan mereka berubah selepas mengusahakan tanaman tersebut dan antara mereka yang sebelum ini mempunyai kerjaya hebat juga turut memilih untuk menjadi usahawan MMT apabila ia menjadi ‘lubuk rezeki baharu' buat penduduk di negeri tersebut.

Seorang pengusaha tanaman MMT, Alias Sulong, 49, dari Kampung Alur Lintang berkata beliau yang merupakan pengusaha tanaman fertigasi ‘rock melon' sejak 10 tahun lalu kini menjadikan MMT sebagai tanaman utamanya sejak ia diperkenalkan.

“Saya beralih arah kepada MMT kerana kerajaan membantu meluaskan pasaran MMT dan ia tidakada di tempat lain selain Terengganu. Jadi, saya tidakada banyak saingan berbanding tanaman rock melon yang sememangnya ditanam di negeri lain.

“Memang tanaman rock melon dan MMT berbeza kerana rock melon sangat rumit dan penjagaan buahnya agak susah berbanding MMT. Ia memerlukan proses pendebungaan yang dilakukan secara manual...bila berbuah, buahnya pulaperlu dibalut dengan kertas bagi memastikan ia tidak rosak, memang cerewet.

“Bila saya cuba tanam MMT, terasa bebanan kerja lebih ringan sebab kita tak perlu lakukan proses pendebungaan, buahnya mudah dijaga, tidak perlu dibalut...ia hanya perlukan air, baja dan cahaya matahari yang cukup,” katanya yang mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 semusim.

Alias berkata apa yang menarik, MMT ditanam dengan formula sendiri tanpa mengurangkan nutrien dan menjejaskan rasa.

“Setiap pengusaha MMT mempunyai rahsia tersendiri untuk tanaman masing-masin g…bila keluar buah, kami akan tengok apa yang buah tersebut perlukan, jadi kami akan tambah apa yang diperlukan seperti baja dan air serta kami akan kurangkan apa yang terlebih. Tetapi, rasa dan besar buah tidakakan terjejas, “MMT ditanam tiga kali setahun yang mana satu musim memakan masa tiga bulan sebelum ia mengeluarkan hasil untuk dituai dan saya menanam 3,000 pokok MMT semusim,” katanya yang merancang untukmeluaskan pasaran hingga ke luar negara.

Bagi lulusan Diploma Makmal Perubatan, Mohd Farid Mohd Rozi, 26, berkata peluang yang diberikan kerajaan untuk mengusahakan tanaman MMT digunakan sebaiknya memandangkan tanaman itu mempunya inilai komersial tinggi.

“Sebelum ini saya tak ada kerja tetap, hanya tolong orang kampung yang tanam MMT sahaja, tapi lama-kelamaan saya jadi minat sebab pulangannya memang tinggi dan buah ini senang dijaga. Saya bersyukur bila dapat tawaran daripada jabatan pertanian untuk mengusahakan tanah di ladang ini.

“Permintaan MMT sangat tinggi kerana rasanya yang lebih sedap dan rangup  berbanding rock melon. Dari segi harga, memang MMT lebih tinggi iaitu sekitar RM4 hingga RM6 sekilogram kerana ia eksklusif, tetapi buah ini tetap menjadi pilihan pembeli,” katanya yang berpendapatan hingga RM6,000 sebulan.

Meskipun pernah mengalami kerugian apabila tanamannya diserang virus, anak kelahiran Besut ini tidak pernah berputus asa, malah beliau berbangga kerana menjadi petani yang memiliki diploma meskipun terpaksa berhujan dan berpanas kerana minatnya yang mendalam terhadap pertanian dan hasilnya memuaskan.


Melon, Terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain