suria

Puteri Umno Kerjasama Dengan IIM Budayakan Integriti Politik

Rosnah (dua, kiri)bertukar dokumen perjanjian persefahaman (MoU) bersama Dr. Mohd Tap Salleh (dua, kanan) di Kuala Lumpur, Selasa. Turut serta Jamilah (kiri) dan Pengarah IIM, Mohd Ismail Abdul Jalil (kanan). Foto BERNAMA
Rosnah (dua, kiri)bertukar dokumen perjanjian persefahaman (MoU) bersama Dr. Mohd Tap Salleh (dua, kanan) di Kuala Lumpur, Selasa. Turut serta Jamilah (kiri) dan Pengarah IIM, Mohd Ismail Abdul Jalil (kanan). Foto BERNAMA
Rosnah (dua, kiri)bertukar dokumen perjanjian persefahaman (MoU) bersama Dr. Mohd Tap Salleh (dua, kanan) di Kuala Lumpur, Selasa. Turut serta Jamilah (kiri) dan Pengarah IIM, Mohd Ismail Abdul Jalil (kanan). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno mengadakan kerjasama dengan Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi membudayakan integriti politik di negara ini.

Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata, Puteri Umno merupakan wakil parti politik pertama di negara ini yang mengadakan kerjasama dalam memperkasakan amalan integriti politik.

“Dengan memorandum persefahaman ini, ia adalah sebagai satu langkah untuk menjadikan Pergerakan Puteri Umno sebagai Rakan Integriti IIM dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan dari segi kerjasama kedua-dua pihak dalam meningkatkan integriti politik di Malaysia.

“Di sini, saya turut mengalu-alukan mana-mana wakil atau parti politik yang lain untuk tampil memberi kerjasama dalam membudayakan integriti politik,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara IIM dan Puteri Umno di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Pengerusi Biro Sukarelawan Puteri Umno, Jamilah Hanim Othman.

Menerusi MoU itu, beberapa skop kerjasama akan dilaksana termasuk IIM akan bekerjasama dengan sukarelawan Puteri Umno melalui Voluntary Group For Everyone (VOGUE) dalam memperkukuh jati diri sukarelawan serta menyebar luas mesej integriti kepada masyarakat.

Menurut Rosnah, Puteri sebagai sayap parti Umno harus berusaha dalam menyebarkan mesej integriti kepada generasi muda.

“Ini kerana pergerakan itu mewakili golongan itu dan kita seharusnya menjadi parti sahsiah,” katanya.

Menerusi kerjasama itu juga, program yang dirangka memberi fokus kepada Tekad Integriti ke-5 IIM iaitu ‘Meningkatkan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Rakyat’.

Program itu turut memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin muda mengenai kepentingan integriti dalam perjuangan selain memastikan pemimpin muda dapat menjadi ejen penyebar luas mesej integriti kepada masyarakat.

“Saya yakin dan percaya usaha sama ini akan meningkatkan integriti di kalangan sukarelawan yang juga terdiri daripada ahli-ahli politik yang akan membawa sesuatu yang baru dan inovatif, khususnya dalam berpolitik,” katanya.

IIM ditubuhkan sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN).

Objektif utama IIM untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Antara Yang Benar Dan Yang Perkasa

Artikel Lain