suria

Impian Tony Fernandes menjadi kenyataan

SAMBIL berdiri di hadapan khalayak Airbus di sini, memakai kep besbal merah yang merupakan "trademarknya, beliau berkongsi "impian yang tidak mungkin menjadi kenyataan", yang telah mendorongnya untuk berada di hadapan dalam syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantau ini, yang telah mencorakkan semula kaedah perjalanan udara di Asia Pasifik.

Tanpa sebarang pengalaman mengurus syarikat penerbangan, Datuk Seri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, mampu bersyukur kerana berjaya membuat perubahan ketara dalam merealisasikan wawasannya untuk menjadikan perjalanan lebih murah untuk rakyat Malaysia.

Pada usia 37, Fernandes yang juga Naib Presiden Asia Tenggara Warner Music Group dari 1992-2001, meninggalkan industri muzik untuk membeli AirAsia, syarikat penerbangan yang muflis pada harga RM1.00.

"Impian yang sudah menjadi kenyataan hari ini itu adalah hasil kerja keras anda," kata Fernandes yang mengucapkan terima kasih kepada kakitangan, pengurusan dan rakan usaha sama AirAsia serta pengeluar pesawat Airbus kerana yakin terhadap impian beliau, pada majlis penyerahan rasmi pesawat Airbus A330 bagi syarikat sekutu penerbangan tambang rendah jarak jauhnya, AirAsia X Sdn Bhd di Toulouse, Perancis baru-baru ini.

Airbus A330 berharga AS$200 juta itu dijangka mengurangkan secara ketara penggunaan bahan api selain kos operasi.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat. Ia diadakan beberapa minggu selepas AirAsia mengubah keseluruhan operasi Malaysianya dengan menggunakan kumpulan pesawat Airbus A320.

Fernandes, 44, sentiasa dikaitkan dengan Richard Branson, bagi Asia, selain jawapan Asia bagi Stelios easyJet.

Jutawan British Sir Richard Branson ialah pengasas Virgin Group of UK manakala Sir Stelios HajiIonannou ialah pengasas easyJet plc, syarikat penerbangan tambang rendah yang beroperasi di lapangan terbang London Luton.

AirAsia X dilancarkan pada Januari 2007. Empat puluh lapan peratus sahamnya dimiliki oleh Aero Ventures (sebuah syarikat usaha sama Tony Fernandes dan beberapa sekutu perniagaannya), 16 peratus oleh Virgin Group dan 16 peratus lagi oleh AirAsia.

Manara Consortium dari Bahrain dan Orix Corp Jepun, masing-masing menguasi 20 peratus kepentingan dalam syarikat pemerbangan tambang rendah jarak jauh itu.

"Kami bermula dengan impian kecil di AirAsia, dua pesawat, 200,000 penumpang setahun. Enam tahun kemudian, kami membawa 20 juta penumpang dengan lebih daripada 80 pesawat. Matlamat kami ialah membawa 60 juta penumpang pada 2013 menggunakan 175 A320.

"Impian itu hanya untuk empat jam (jarak dekat). Hari ini, menerusi A330, dan diharapkan menerusi A350, kami akan dapat menerbangkan semua orang ke hab menarik kami di Kuala Lumpur dari Eropah, Afrika dan Amerika. Dan sesungguhnya, kami akan menjadikan dunia itu sebagai "tempat yang kecil"," kata Fernandes.

Fernandes mengasaskan Tune Air Sdn Bhd pada 2001, dengan matlamat menjadikan tambang perjalanan udara lebih rendah untuk rakyat Malaysia. Berdasarkan hasrat itu, Tony dan tiga rakan usaha samanya membeli AirAsia pada tahun yang sama daripada miliknya DRB-Hicom.

"Tahun yang sama, bersama beberapa rakan usaha sama, saya menjalin kerjasama untuk menubuhkan Tune Air Sdn Bhd dan membeli AirAsia bagi RM1.00.

"Akhirnya AirAsia dibentuk semula menjadi syarikat penerangan tambang rendah dan menjelang Januari 2002, wawasan kami adalah untuk menjadikan perjalanan udara lebih murah bagi Malaysia dan semua penduduk Asia," kata Fernandes dalam blognya.

Menerusi kepimpinanya, syarikat penerbangan yang mempunyai hutang RM40 juta, meningkat maju, memacu perniagaan dan menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantai ini yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih 100 laluan meliputi lebih 60 destinasi.

Daripada dua pesawat Boeing 737300, AirAsia kini mempunyai kumpulan 72 pesawat dan setakat ini membawa lebih daripada 50 juta penumpang sejak hari pertama beroperasi.

"Hari ini adalah permulaan impian saya dan rakan usaha sama daripada industri muzik tujuh tahun lepas, iaitu menjadikan tambang perjalanan lebih rendah, membuka peluang kepada semua orang untuk melakukan perjalanan.

"Oleh itu, kami memperkenalkan slogan produk "Now Everyone Can Fly (AirAsia). Kami lakukannya untuk rantau ini. Hari ini kami di peringkat dua "Now Everyone Can Fly Xtra Long (AirAsia X)," kata beliau.

AirAsia diwujudkan pada 1993 oleh syarikat berkaitan kerajaan, DRB-Hicom, dan memulakan operasinya pada 1996, namun tidak berjaya. Air Asia kemudian beralih ke tangan Fernandes pada 2001 dan dalam tempoh setahun beliau memulihkannya dari segi kewangan.

Acara di Toulouse menandakan penyerahan pertama tempahan AirAsia X. syarikat penerbangan itu awal tahun ini menempah 25 pesawat Airbus A330 untuk diserahkan dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia dijangka menerima pesawat kedua pada Disember yang akan menurunkan lagi kos operasinya.

Sejak 2005, AirAsia menempah 175 pesawat A320. Setakat ini, 50 sudah diterima. Airbus A330 menggunakan enjin Rolls Royce Trent 700.

Kabinnya mempunyai 383 kerusi upholsteri kulit hitam, dengan kerusi opsyen premium XL bagi ruang kaki yang lebih luas selain sistem hiburan dalaman yang menawarkan kandungan dan aplikasi inovatif, yang disediakan oleh Thales UK. Bagi Presiden dan Ketua Pegawai Eksektif Airbus Tom Enders yang turut hadir pada acara bersejarah itu, Fernandes berkata: "Kami membuat perjanjian menerusi telefon dan memuktaamdkannya selepas tengah malam di Malaysia,. Saya mengharapkan hubungan kami yang berpanjangan.

"Di AirAsia, kami kerap berkata bahawa impikan sesuatu yang mustahil dilaksanakan. Memang elok untuk mempunyai impian yang orang lain pandang rendah, (dengan berkata) saya gila, tidak boleh dilakukan.

"Jika anda tidak impikannya, realitinya tidak akan berlaku, tidak berhasil. Kami galakan orang untuk mempunyai impian. Bagi sesetengah impian, realiti akan menjadi kenyataan.

"Hari ini adalah realiti bagi saya. Dan kami percaya kepada sesuatu yang mustahil. Siapa yang percaya mereka daripada industri muzik ini akan merevolusikan perjalanan udara di Asia.

"Teruskan keyakinan itu. Terima Kasih kepada Airbus yang menyokong kami dalam keadaan yang bermasalah ini," kata Fernandes.

Pada akhir ucapannya beliau menyifatkan acara itu sebagai satu lagi mercu tanda penting dalam hubungan kukuh antara Airbus dan AirAsia Group.

"Memang menakjubkan untuk percaya dalam kurang dari empat tahun sejak AirAsia membuat tempahan pertama dengan Airbus.

"Sejak itu, kumpulan berkenaan menempah sejumlah 200 pesawat daripada Airbus, termasuk 175 A320 bagi operasi jarak dekat AirAsia dan 25 A330 bagi AirAsia X, menadaikan kumpulan itu sebagai salah satu daripada pelanggan terbesar kami," kata Enders.

AirAsia X memulakan perkhidmatan komersilnya dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Gold Coast, Australia pada 2 Nov 2007, sebelum menambah laluan Kuala Lumpur-Hangzhou pada Februari 2008.

Tepat setahun kemudian, AirAsia X memasuki era baru perjalanan tambang rendah antarabangsa dengan terbang ke destinasi kedua di Australia, Perth.

Penerbangan sulung AirAsia X flight antara Kuala Lumpur dan Perth mendarat di bumi Australia Barat pada pukul 2.40 petang 2 Nov (Ahad), menggunakan pesawat berangka besar Airbus A330.

Pesawat A330 itu baru sahaja diserahkan dari kemudahan Airbus di Toulouse, Perancis pada 31 Okt (Jumaat) AirAsia X kini menawarkan perkhidmatan laluan Kuala LumpurPerth dengan enam penerbangan pergi balik seminggu.

Syrikat penerbangan itu merancang meningkatkan jadual itu kepada penerbangan harian pada pertengahan Disember. Ia juga akan memulakan perkidmatan antara Kuala Lumour Melbourne pada 12 Nov ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Heartening judicial decisions

Artikel Berikut

Change dont end up as history

Artikel Lain