suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Unimap Hasilkan 'Motor Trycycle' Bantu Peniaga

KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) melakar satu lagi kejayaan apabila menghasilkan prototaip 'Motor Trycycle' yang akan membantu para peniaga runcit dalam urusan seharian perniagaan mereka.

Projek itu cetusan idea Professor Kunjungan Unimap Prof Datuk Dr Abdul Razak Haji Omar dan reka bentuk dihasilkan para pelajar Unimap sendiri yang dibangunkan bagi program memodenkan sektor peruncitan serta pemborong.

Naib Canselor Unimap Brig Jen Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata projek itu sebahagian daripada usaha menyokong Pelan Transformasi Ekonomi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melahirkan 60,000 peniaga bergerak.

Prototaip Motor Trycycle itu akan digunakan untuk menjayakan program 'Intech Biz On Wheel Bazaar' yang akan dilaksanakan di Masjid Al Hussin, Kuala Perlis.

"Ia bagi mewujudkan kawasan perniagaan berkonsepkan 'uptown' yang akan menempatkan siswazah untuk menjalankan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita semasa Majlis Tautan Kasih 1Malaysia di Anjung Unimap cawangan Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Beliau berkata Unimap juga berhasrat melatih para siswazah untuk menjadi usahawan berjaya dengan adanya saluran idea prototaip itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain