suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

USM Lancar Pusat Pelajar Sains Fizik

GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) pada Rabu melancarkan Pusat Pelajar Sains Fizik yang menyediakan ruang khas dengan kemudahan selesa yang menjadi pusat sehenti bagi pelbagai aktiviti khusus penuntut Pusat Pengajian Sains Fizik (PPSF).

Pemangku Naib Canselor Prof Ahmad Shukri Mustapha Kamal berkata ruang itu disediakan bagi memudahkan aktiviti pelajar khususnya yang berkaitan dengan kegiatan ilmiah seperti mengulang kaji, perbincangan kumpulan selain peluang berinteraksi dengan pensyarah.

"Pusat yang bersaiz lebih 4,000 kaki persegi itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti internet itu boleh menjadi tempat untuk pelajar berinteraksi, selain menjadi satu agenda memperkasakan pelajar USM di bawah Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat itu di sini.

Ahmad Shukri, yang juga Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa berharap pusat itu dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan kira-kira 900 penuntut PPSF mengoptimumkan pencapaian akademik.

Pusat, yang dibuka pada Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum itu, dilengkapi dengan surau, ruang bacaan, ulangkaji kumpulan, ruang rehat, bilik persatuan pelajar, bilik dan kemudahan ruang untuk melaksanakan temuduga panel penasihat dan temuduga kerja dengan pihak industri. - BERNAMA

Artikel Lain