suria

Pesta Buku UPSI Pamer Pelbagai Buku Ilmiah

IPOH: Buku terbitan universiti-universiti tempatan adalah antara ribuan bahan bacaan yang akan dipamer sempena Pesta Buku UPSI 2011 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pada 26 September hingga 30 September ini.

Pegawai Penerbitan Unit Pemasaran Penerbit UPSI, Ramli Mosmin berkata pesta bertempat di Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.

"Pesta ini bertujuan menyemarakkan budaya membaca di kalangan mahasiswa, warga UPSI dan masyarakat setempat kepada bahan-bahan ilmiah...penganjuran program seperti ini diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pihak terutama masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata antara 15 penerbit yang menyertai pesta itu ialah Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Orang ramai dijemput menyaksikan pameran itu dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ramli di talian 05-4506803 atau 05-4505599. -BERNAMA

Artikel Lain