UPSI Lancar Portal E-Buli - Kampus | mStar

UPSI Lancar Portal E-Buli

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini melancarkan portal E-Buli pada Khamis yang bertujuan membantu mangsa buli dan menangani penularan gejala tidak sihat itu khususnya di kalangan remaja.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Aminah Ayob berkata melalui portal itu masyarakat di negara ini boleh memperolehi maklumat mengenai gejala buli di samping berinteraksi dengan pakar kaunseling yang disediakan UPSI.

"Maklumat di dalam portal itu merupakan hasil penyelidikan gejala buli yang dilakukan penyelidik UPSI sejak 2004," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran portal itu.

Pelancaran portal itu disempurnakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan turut dihadiri wakil persatuan ibu bapa dan guru, institusi pengajian tinggi awam serta swasta.

Aminah berkata bagi remaja, portal itu boleh dijadikan tempat meluahkan masalah yang dihadapi dan mereka boleh berinteraksi secara interaktif dengan pakar kaunseling UPSI melalui laman sosial Facebook yang dihubungkan melalui portal itu.

Beliau berkata penggunaan medium digital yang amat digemari remaja diharap dapat memudahkan proses mendekati generasi itu bagi mereka memahami mengenai gejala negatif yang semakin menular itu.

Katanya ibu bapa boleh menggunakan portal itu untuk berkongsi pengalaman serta mendapatkan maklumat dalam menangani isu buli yang dihadapi anak mereka.

Aminah berkata guru dan kaunselor digalakkan menggunakan laman web itu untuk berkongsi maklumat dan membantu menyelesaikan masalah buli yang berlaku di sekolah.

"Tidak ketinggalan para penyelidik di mana portal ini dapat digunakan untuk mengembangkan kajian dan berkongsi hasil kajian mereka mengenai gejala buli ini," katanya.

Portal itu boleh dilayari menerusi laman web http://ebuli.upsi.edu.my.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Unikl & VMU Kerjasama Tawar Program Perubatan

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain