suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Laporan Pelajar UiTM Terlibat Perhimpunan Haram - Naib Canselor

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata setakat ini tiada laporan diterima mengenai pembabitan penuntut institusi itu dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu.

"Saya berdoa mereka tidak terlibat. Kalau terlibat, kalau mereka kena tindakan undang-undang, ikut peraturan yang ada mereka boleh disingkirkan...saya akan ikut undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Konvensyen Guru-guru Muda Kebangsaan 2011 di sini Ahad.

Dr Sahol berkata tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan kepada warga kerja UiTM yang terlibat dalam perhimpunan haram itu.

"Kalau mereka terlibat bermakna mereka tidak patuhi peraturan yang ada...kita bimbang mereka menghasut pelajar nanti, pelajar di sini sepatutnya belajar bukan masuk politik," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain