suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UMT- BMAF Jalin Kerjasama Dalam Penyelidikan Ikan Arowana

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sedang berbincang dengan Bukit Merah Arowana Farm (BMAF) Sdn Bhd untuk memulakan kerjasama dalam kerja-kerja penyelidikan ikan Kelisa (Arowana) tahun ini.

Naib Canselor UMT Prof Dr Aziz Deraman berkata hasil perbincangan itu BMAF melihat ada peluang bagi mereka untuk membuka sebuah makmal penyelidikan ikan hiasan itu di UMT.

Menurutnya ketika ini BMAF turut membantu penyelidikan UMT dalam bidang itu dengan menyediakan kemudahan penyelidikan di pejabat mereka untuk kegunaan UMT.

"Kami akan usahakan supaya tahun depan sebuah makmal dibuka di UMT di sini," katanya di sini, Isnin.

BMAF adalah sebuah syarikat ikan hiasan Arowana terbesar di semenanjung yang beroperasi di Bukit Merah, Perak yang mengeksport ikan-ikan itu ke negara-negara seperti Jepun, Taiwan, China, Korea, England, Hong Kong dan lain-lain.

Mengenai hasrat UMT untuk menjadi sebuah universiti yang mempunyai ciri-ciri universiti penyelidikan menjelang tahun 2015, Aziz berkata pihaknya sedang meningkatkan keupayaan ke arah itu.

"Kami mahu UMT setanding dengan universiti-universiti penyelidikan sedia ada," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain