suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khaled Lancar Kampus Cawangan Universiti Southampton Di Iskandar

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Isnin melancarkan penubuhan Universiti Southampton Kampus Malaysia yang bakal dibina di Educity@Iskandar Malaysia dekat pusat pentadbiran Nusajaya, Johor.

Universiti tersebut merupakan universiti asing yang keenam di Malaysia. Universiti Monash, Newcastle, Swineburn, Nottingham dan Curtin sudah pun membuka kampus mereka di Malaysia.

Mohamed Khaled berkata, penubuhan kampus ini mencerminkan keyakinan universiti tersebut yang kini tergolong dalam senarai 100 universiti terbaik dunia ke atas Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi serantau.

Kata Khaled, penubuhan cawangan kampus universiti tersebut juga akan mewujudkan ekosistem yang lebih baik dalam sektor pengajian tinggi negara.

"Ia juga akan menarik lebih ramai pelajar antarabangsa khususnya dari rantau ini dan juga China, India, Indonesia dan Thailand ke sini," ujar Khaled.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain