suria

Laksa Penang

LAKSA Penang adalah satu-satunya makanan berasal dari Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia.

Dengan perahan limau nipas dan cili padi pasti terangkat. 

Pastikan ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan. 


Bahan-bahan:


3 kg ikan mata besar 

1 ekor ikan tongkol -Direbus bersama beberapa keping asam gelugor

4 bungkus laksa kering

7 - 10 keping asam gelugor

2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk

4 sudu besar pes udang

2 cekak daun kesum

4 cm keratan lengkuas -diketuk

6 batang serai - diketuk

Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa


Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus):

Cili kering dibuang biji - direbus

3 ulas bawang putih

4 biji bawang besar dipotong empat

Anggaran 6 cm belacan bakar


Bahan hiasan:

Daun pudina

Isi nanas - dihiris 

Cili merah - dihiris

Cili padi - dihiris

Timun - dihiris

Daun salad - dihiris

Bunga kantan - dihiris

Bawang besar - dihiris

Telur rebus 

Limau nipis atau limau kasturi - dipotong sipi


Penyediaan kuah:

Masukkan air, ikan mata besar, ikan tongkol dan beberapa keping asam gelugor dalam periuk dan rebus hingga masak. Toskan dan sejukkan sebentar. Air rebusan disimpan untuk membuat kuah.

Asingkan isi ikan dengan tulang. 3/4 daripada isi ikan diblender dengan air rebusan sehingga halus, dan 1/4 lagi diramas kasar supaya isi ikan akan terasa bila dimakan. Tulang ikan pula diblender dengan air sehingga halus , kemudian ditapis untuk mendapatkan airnya.

Masukkan dalam periuk kesemua bahan-bahan air rebusan ikan,air tulang ikan, isi ikan, pes kisaran, bunga kantan, daun kesum, serai, lengkuas, kepingan asam gelugor,  pes udang, garam, gula dan perisa makanan.

Tambahkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat 

Masak kuah sehingga mendidih dan rasa asam dan garamnya. Kalau tidak menepati citarasa, tambahkan garam dan asam jika perlu.

Sedia dihidangkan.

laksa Penang

Artikel Sebelum

Rendang Daging Istimewa

Artikel Berikut

Acar Timun

Artikel Lain