suria

Nasi Ayam

RESIPI nasi ayam pada zaman ini melalui proses pengubahsuaian mengikut selera masyarakat di negara masing-masing. 

Hidangan nasi ayam biasanya dihidangkan dengan sup kosong, pencicah sos seperti cili, halia dan kicap.

Hirisan tomato dan timun juga dihidangkan untuk gizi seimbang. 

Maka menu ini adalah satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan sekali gus sesuai dihidangkan kepada sanak-saudara dan sahabat handai yang datang berhari raya.

Bahan-bahan untuk nasi:

1/2 cawan marjerin (akak tukar mentega)

2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang

2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus

3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus

1 cm kulit kayu manis

4 kuntum bunga cengkih

2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul

4 cawan beras butir panjang, dicuci dan ditoskan

5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam

Cara-cara:

Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.

Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. 

Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.

Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.


Cara menyediakan ayam:-

1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.

Garam

Lada hitam yang baru dikisar

2 cm halia, dikupas dan ditumbuk

2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk

2 sudu besar kicap manis

3 sudu besar marjerin

Cara-cara:

Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.

Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.

Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.


Bahan Sos Lada 

5 - 6 biji cili merah

1 kiub pati ayam

2 biji tomato

2 ulas bawang putih

garam dan gula secukup rasa

2 inci halia - diketuk


Cara-cara:

Blend semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. 

Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.

nasi ayam

Artikel Sebelum

Daging BBQ

Artikel Berikut

Bubur Daging

Artikel Lain