suria

Udang Pelbagai Rasa

ADA kalanya masakan disediakan dengan hanya memasukkan apa sahaja bahan yang ada dalam peti sejuk. Juadah kali ini menggunakan udang dan beberapa bahan yang dianggap mudah untuk dicuba sesiapa sahaja.


Udang Pelbagai Rasa 



Bahan 1 
500 g udang 
2 biji telur 
3 sudu tepung jagung 
garam 
lada hitam 
minyak

Bahan 2 

5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
6 sudu sos cili 
2 sudu sos cili thai 
2 sudu sos tomato 
2 sudu sos tiram 
2 biji telur (dipukul) 
Gula 
Garam 

Cara:
Gaulkan semua bahan 1. Kemudian goreng udang hingga masak.Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih. Selepas garing, masukkan semua sos dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Selepas itu masukkan udang dan gaul hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul dan gaul rata. Hidangkan di dalam pinggan.

Udang Pelbagai Rasa

Artikel Sebelum

Rempeyek Kacang Hijau

Artikel Berikut

Apple Crumble

Artikel Lain