suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tofu Sayur Stim

TOFU sayur yang distim dipercayai berasal dari jenis masakan Cina Muslim di Malaysia.

Ia juga sering menjadi resipi pilihan terutama di bulan Ramadan.

Bahan-bahan:

1 ketul tofu jepun (kukus selama 20 minit)

2 ulas bawang putih (dikisar/dihaluskan)

3 ulas bawang merah kecil (dikisar)

2 sdm cili boh

1 keping tempe (dipotong kecil & digoreng)

3 tangkai kacang panjang (dipotong kecil)

10 gm isi ayam

1 biji cili benggala/paprika merah (dipotong kecil)

1 biji cili benggala/paprika hijau (dipotong kecil)

1/2 sudu teh tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

minyak masak untuk menumis

air secukupnya

garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:

Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar dan cili boh hingga naik bau.

Setelah itu masukkan isi ayam, cili benggala/paprika merah dan hijau. Gaul hingga rata.

Kemudian masukkan kacang panjang dan tempe goreng, gaul rata.

Tambahkan sedikit air dan tepung jagung. Gaul sehingga mendidih dan menjadi pekat. Angkat.

Masukkan tofu ke dalam mangkuk hidangan, kemudian tuangkan kuah sayur ke atasnya.

Sedia untuk dihidangkan.

tofu sayur stim

Artikel Sebelum

Udang Pelbagai Rasa

Artikel Berikut

Artikel Lain