Pada Ramadan ini, kuih kaswi antara yang menjadi pilihan ramai sebagai sajian pencuci mulut.
Kuih yang lembut, kenyal, berlemak, manis dan cukup segala rasa memang melengkapkan menu berbuka puasa anda.1 1/2 cwn gula merah
1/2 cwn gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan
* satukan semua bahan dan masak diatas api dan jadikan dua cawan air gula.
Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur
Bahan C:
Kelapa parut dan sedikit garam digaul bersama.
Cara-cara:
Masak bahan A sehingga menjadi 2 cawan air gula.
Sebatikan bahan B, kacau rata dengan senduk.
Satukan bahan A dan bahan B. Kacau rata dan tapis.
Tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.Tutup loyang dengan menggunakan aluminium foil.
Kukus selama 1/2 jam atau sehingga masak.
Biar sejuk dan barulah dipotong. Gaul dengan kelapa parut.


