Bagi yang sudah jemu makan diluar, boleh sahaja cuba memasak kari sendiri. Mungkin lebih sedap dan menyelerakan di bulan mulia ini.
Bahan-bahan:
1/2 kg kepala ikan
2 biji bawang besar (dikisar)
6 biji bawang putih (dikisar)
2 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
2 biji tomato (dibelah 6)
2 biji bawang besar (dihiris)
3 paket rempah kari ikan
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari
2 biji cili hijau (dibelah)
10 biji kacang bendi
Garam secukup rasa
Asam jawa secukup rasa
Cara memasak:
Masukkan rempah, bawang merah dan bawang putih yang dikisar dalam satu bekas dan gaulkan.
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris, bila kekuningan masukkan daun kari dan halba campur. Apabila naik bau masukkan campuran rempah tadi.
Masukkan air, garam, air asam jawa dan bawang besar yang dihiris biar mendidih. Bila dah sebati, masukkan kepala ikan, tomato dan cili hijau.


