Bubur Kacang Hijau Bersama Roti/Biskut Tawar - Jamu Selera | mStar

Bubur Kacang Hijau Bersama Roti/Biskut Tawar

SELESAI solat sunat tarawih pastinya ada moreh untuk jemaah tidak kira di surau atau masjid. Malahan, juadah pemanis mulut yang diketengahkan juga digemari ramai.


Apa kata kali ini cuba nikmatinya dengan roti atau biskus tawar.

Bubur Kacang Hijau Bersama Roti/Biskut

Bahan-bahan:
400 gram kacang hijau - rendam selama 1 jam dan toskan
2 liter air
1 liter santan daripada 1 biji kelapa
200 gram gula pasir
1 cawan gula melaka yang telah dihancurkan
2 helai daun pandan - siat dan simpul
1 cawan sagu biji - bilas & toskan
2 cm halia - hiris nipis
Garam 
Roti atau biskut tawar

Cara:
Satukan kacang hijau, daun pandan, halia dan bawang putih di dalam periuk. Rebus hingga kacang hijau pecah. Masukkan gula pasir dan sagu biji. Kacau sekali-sekala sehingga gula larut dan sagu biji mengembang. Tambahkan santan dan sedikit garam. Masak lagi sehingga berbuih kecil dan padamkan api dapur. Hidangan pencuci mulut ini lebih menarik jika dimakan bersama roti atau biskut tawar.


Artikel Sebelum

Cendawan Brokoli Masak Sos Tiram

Artikel Berikut

Ikan Keli Berlada

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain