suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikan Keli Berlada

Gambar Hiasan

IKAN keli kini mudah dibeli di mana sahaja berbanding dulu. Lebih menyelerakan jika disalai atau digoreng garing.

Mungkin agak sukar menyiangnya tetapi enak dimakan apabila siap dimasak, termasuk jika dimasak berlada. Tentu sekali menyelerakan dibulan mulia ini.


Bahan-bahan: 

4 ekor ikan keli 
10 biji cili merah - dikisar 
2 batang serai - dititik 
1 ulas bawang besar - dimayang kasar 
4 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 inci halia - ditumbuk 
Asam keping secukup rasa 
sedikit garam dan gula secukup rasa 

Caranya:

1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 
2. Minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang ditumbuk, bila garing masukkan cili merah yang dikisar, asam keping, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 
3. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. 

Ramadan, ikan keli berlada

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Air Katira

Artikel Lain