suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cemburu isteri keluar rumah, lelaki sumbat mercun bola dalam mulut bini

Mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah. -Foto Amarin TV

SEORANG wanita berusia 53 tahun ditemukan mati dalam keadaan tragis di kediaman rumahnya, dipercayai dibunuh suaminya menggunakan mercun bola.

Mangsa ditemukan dalam keadaan kepalanya berlumuran darah dan beberapa giginya dijumpai di lantai bilik tidur.

Polis menerima panggilan berhubung kejadian di daerah Mueang, Mae Hong Son di Thailand bagi menyiasat kematian mangsa.

Di lokasi kejadian, polis turut menemukan serpihan mercun bola dan beberapa mercun yang tidak digunakan.

Ketua penduduk memberitahu, suspek yang merupakan suami mangsa berusia 54 tahun, Yon melaporkan mengenai kematian isterinya pada tengah malam.

Menurutnya, Yon mendakwa dia menyedari isterinya sudah tidak bernyawa, disyaki dibunuh individu yang memecah masuk rumahnya.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa Yon yang sering mabuk dan cemburu membunuh isterinya dengan menyumbat mercun bola ke dalam mulut mangsa.

Penduduk turut mendedahkan suspek sering bertengkar ketika mabuk dan cemburu kerana tidak membenarkan mangsa keluar rumah.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian, manakala suspek ditahan untuk siasatan lanjut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain