suria

Anak suspek kes bunuh dan kerat isteri buka cerita... Rupanya ada kaitan isu duit

Lelaki berusia 41 tahun itu ditangkap selepas dia membunuh isterinya pada Jumaat.

KISAH seorang suami dari Jawa Barat, Indonesia yang membunuh isterinya pada Jumaat masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Suspek berusia 41 tahun itu bukan sahaja membunuh isterinya, malah dia turut memotong mayat serta menawarkan daging mangsa untuk dijual kepada penduduk kampung.

Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Ciamis, AKBP Akmal mendedahkan tertuduh berkemungkinan membunuh isterinya kerana masalah ekonomi yang sedang melanda keluarganya.

"Berdasarkan pemeriksaan ke atas saksi, terutama saksi utama iaitu anak pelaku dan korban, memang ada hal-hal berkaitan dengan ekonomi keluarga dan itu cukup membebani," ujarnya.

Namun sehingga kini polis masih menjalankan siasatan lanjut ke atas pelaku serta beberapa saksi lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bunuh, kerat isteri! Letak daging mangsa dalam bekas, jual kepada penduduk kampung

Polis juga akan menjalankan pemeriksaan mental ke atas pelaku.

Pada masa ini, pelaku masih ditahan dan ditempatkan dalam ruangan berasingan.

Untuk rekod, kejadian pembunuhan ngeri itu berlaku di Dusun Sindangjaya, Desa Cisontrol, Kecamatan Rancah, Kabupaten Ciamis di Jawa Barat.

Lelaki itu melakukan serangan ketika isterinya dalam perjalanan untuk pergi mengaji.

Lebih mengerikan, penduduk kampung mendakwa pelaku meletakkan daging isterinya di dalam bekas ketika dia cuba menjualnya kepada orang ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain